UTAMA

SAPhotography
   


   

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ,

Selamat Datang  dan terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi untuk mengunjungi 
laman sesawang  SAPhotography 
  
     Melalui SAPhotography , kami menawarkan minat dan keazamanan kami dalam bidang fotografi perkahwinan. SAPhotography sehingga kini kami tidak jemu-jemu mengabadikan gambar-gambar perkahwinan pelanggan kami walau teknik dan pendekatan fotografi sentiasa berubah.

    Jatuh dan bangun dalam industri ini banyak mengajar kami akan erti disiplin dan kerja kuat. Walau ramai yang menawarkan perkhidmatan yang serupa namun kami sentiasa percaya bahawa disiplin dan kerja kuat inilah yang akan membezakan kami dengan pesaing. Melalui keazaman inilah kami akan membalas kepercayaan pelanggan-pelanggan dengan tekad setingkat lebih baik.

    Terima kasih kerana anda sudi berkunjung di laman sesawang kami ini. Nikmatilah apa yang boleh kami lakukan untuk majlis anda sekiranya meletakkan kepercayaan kepada kami.  Di laman ini juga kami kongsikan maklumat-maklumat terkini berkaitan bidang fotografi.

Sekiranya anda berminat anda boleh membuat pendaftaran di bahagian yang telah disediakan di bawah atau terus menghubungi saya Syakir Ali





Kami sedia berhidmat :

Nama :
No Tel :
Tarikh Majlis :
Lokasi Majlis :
Email Address:
Pakej ( sekiranya berminat dengan pakej yang kami tentukan, sekiranya anda mempuyai pakej sendiri ,tuliskan diruangan ini SENDIRI ) :

This form powered by Freedback

Kenapa kurang letak gambar wedding ??



Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa saya kurang meletakkan gambar-gambar perkahwinan yang dah dishoot seperti fotografer-fotografer lain untuk mempromosikan hasil kerja di blog ini. Untuk makluman, saya betul-betul menghormati anda sebagai pelanggan terutama yang beragama Islam.

Islam meletakkan satu garis panduan berkenaan cara merakam gambar pekahwinan. Perkahwinan dalam Islam adalah sesuatu yang suci dan adalah suatu ibadat mengikut sunnah nabi. Jangan pula dalam kita asyik berseronok untuk bersaing sesama fotografer , kita jadi alpa dan menjadikan ia suatu dosa. Fotografer juga seharunya lebih sensetif terhadap perkara ini kerana ia bersangkut paut dengan pendapatan yang anda perolehi untuk menyara hidup anda dan keluarga anda. Perkahwinan adalah untuk mendapat keredhaan dan barakah dari Allah, jadi seeloknya janganlah dicemari kesucian ikatan itu dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Sejujurnya saya tidak setuju sekiranya gambar perkahwinan ditunjukkan atau ditayangkan untuk santapan umum kerana kebanyakan mereka tidak menitik beratkan perkara-perkara seperti berikut :

  • Pakaian yang dipakai oleh pihak pengantin : Sekiranya pakaiannya itu mendedahkan aurat secara jelas atau separuh terdedah, maka penggambaran itu adalah diharamkan jika diambil oleh jurugambar yang bukan mahram pada kedua-dua pengantin. Jika diambil oleh mahram kedua-duanya, maka tidaklah menjadi kesalahan dengan syarat gambar yang dipetik itu tidak disiarkan kepada awam sama ada di flicker, facebook, youtube, blog atau lainnya. Jika hanya untuk kenangan peribadi sahaja, maka dibolehkan.

  • Berhias (tabarruj) : Dengan menampakkan aurat dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan janganlah kamu bersolek (berhias) seperti mana wanita jahiliyah berhias. Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

Jadi, bersederhana adalah yang lebih baik. Boleh untuk berhias, tetapi biarlah ia kelihatan tidak keterlaluan. Bukankah itu lebih menjimatkan masa dan wang?

Antara sebab lain ialah apabila melihat niat tidak baik segelintir individu yang tidak bertanggung jawab, iaitu dengan mengambil gambar-gambar dan diedit supaya menjadi gambar yang tidak elok. Untuk mengelak atau sekurang-kurangnya mengurangkan dari terjadinya perkara sedemikian, saya mengambil inisiatif ini untuk tidak memuatkan gambar pelanggan saya di alam maya ini.

Jadi, saya menyediakan satu album dalam bentuk hardcopy kerana saya kira ia lebih eksklusif berbanding dipaparkan di laman sosial. Sekiranya anda berminat untuk melihat hasil-hasil kerja saya, cuma perlu pergi ke ruangan contact.

Apa yang saya katakan di sini bukanlah dengan tujuan untuk berceramah, tetapi sekadar peringatan kepada semua mengenai kehendak syariat Islam yang sebenarnya. Saya menghormati pelanggan saya dan tidak berniat untuk mengaibkan mereka.

Insyaallah, saya akan cuba memberikan hasil yang terbaik sesuai dengan kepuasan hati pelanggan saya. Terima kasih di atas kerjasama dari anda.

Kisah Photographer

Petikan asal : Majalah Pesona Pengantin
Oleh : Hasnuddin Abu Samah, pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal.
Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan :

1)Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM10,000.00. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakana, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2)Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang dikenakan untuk perkhidmatannya.

3)Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah didalam bidang professional. Ini bermakna, beliau hanya mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4)Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau tidak habis disitu sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi, dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5)Kos Material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan diatas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi, serta lain-lain kos perniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya.

Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari paling bahagia dan bermakna dalam hidup anda.

Popular Posts