Terma dan Syarat
Sebagai jurufoto perkahwinan Muslim yang sentiasa mengharapkan keberkatan dan rahmat Allah di dalam setiap rezeki kurniaanNya, SAP tidak akan memberi perkhidmatan terhadap majlis anda sekiranya terdapat perkara-perkara berikut :-
- Pengantin perempuan yang mencukur bulu keningnya (melainkan bagi kes-kes yang diharuskan untuk mencukur/ mancabut)
- Salah satu persalinan atau semua persalinan mendedahkan aurat (termasuk rambut bagi pengantin perempuan).
SAP tidak
mempunyai masalah untuk sesi fotografi bagi pasangan yang sedang
bertunang (Pre-wedding photoshoot) dengan syarat berikut :-
- Kedua pasangan bersetuju untuk tidak bergambar terlalu dekat (sehingga bersentuhan) seperti pasangan yang sudah berkahwin
- Kedua pasangan bersetuju hanya akan mengenakan pakaian yang menutup aurat (termasuk rambut bagi si gadis).
- Si gadis tidak mencukur bulu keningnya
Saya memohon maaf sekiranya
ada pihak yang terasa dengan syarat-syarat ringkas ini. Tiada apa yang
harapkan melainkan keberkatan dari Allah dalam setiap perlakuan saya.
Sebagai hambaNya yang tidak lepas dari melakukan dosa, ini adalah salah
satu dari usaha saya untuk mengurangkan bilangan dosa saya. Moga-moga
juga syarat-syarat ini diterima sebagai satu langkah dakwah saya kepada
semua.